SEJARAH SEKOLAH

Luar Kelas

Sejarah Sekolah Kebangsaan Assunta Satu, Petaling Jaya

1955 :
– Pembukaan sebuah klinik berhampiran pasar lama oleh ‘Franciscan Missionaries Of Mary’.

1956 :
– Mother Columcille pengasas Rancangan Assunta di Petaling Jaya mendapat sebidang tanah daripada Perbandanan Kemajuan Petaling Jaya.

– Sekolah mula dibina dan diberi nama Sekolah Assunta sempena nama mendiang Assunta.

– Bangunan kecil mempunyai 4 bilik ( anjung kiri sekarang ) dan sebuah pejabat.

1957 :
– Murid-murid tahun 6 mengambil peperiksaan masuk ke sekolah menengah.

1958 :
– Terlaksana kelasTingkatan 1 pertama serta Kelas Peralihan.

– Satu jawatankuasa Pengurus Sekolah dilantik pada 01 April 1958.

1960 :
– Bilik darjah ditambah ( anjung kanan ) dan sebuah dewan

– Kelas-kelas telah dimulakan di Kelab Petaling Jaya dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jalan Templer.

– Atas nasihat Tuan T.K. Taylor seorang pegawai kerajaan, Sekolah Assunta dibahagi kepada 2 bahagian.

– Sekolah Rendah Assunta Satu, guru besarnya Sister Helen Paula.

– Sekolah Rendah Assunta Dua, guru besarnya Sister Julian

– Sekolah Menengah pula dipimpin oleh Sister Enda sebagai pengetua.

– Sister Michelle Annete menggantikan Sister Helen Paula yang meletak jawatan.

1963 :
– 4 kelas ditambah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga ditubuhkan .

– Satu jawatankuasa Lembaga Pengurus berasingan ditubuhkan dengan melantik seorang pengerusi, 3 wakil ibu bapa dan 3 wakil daripada ‘Franciscan Missionaries Of Mary’ dan seorang setiausaha.

1966 :
– Sister Jane Cristine menggantikan Sister Helen sebagai Guru Besar

1970 :
– Guru besarnya ialah Sister Assunta Theresa

– Kemudahan anjung bertutup untuk keperluan jika hari hujan dibina dan bermula projek meratakan padang.

1973 :
– Perkhidmatan klinik dimulakan

1974 :
– Tanggal 23 Mac 1974, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang pertama diadakan.

– Tuan Zulkifli Ali telah dilantik sebagai pengerusi. Ahli dan jawatankuasa terdiri daripada 9 orang iaitu 5 wakil ibu bapa dan 4 wakil guru.

1979 :
– Tanggal 16 April 1979, satu projek menambah 2 bilik darjah dan sebuah pusat sumber telah dimulakan.

1981 :
– Terdapat 24 bilik darjah dan sebuah bilik agama.

1988 :
– Sebuah bilik komputer dibina dan kelas bermula pada bulan Mei 1998.

– Bilik itu hanya dapat memuatkan 20 buah komputer sebagai langkah awal.

1989 :
– Sister Assunta Theresa bersara

– Tugas guru besar diambil ailh oleh Puan Hjh Zabedah AB Rahman, Puan Hjh Naimah Husin, Puan Hjh Kamarul ‘Aini The Mohamad, Cik Hjh Suarni Hjh Ismail, Puan Anum Zakiah Hj Gam dan Puan Wan Noorain Bt Pawanchee

2011 :
– Jawatan Guru Besar dipegang oleh Puan Naimah bt Mohd Nasir sehingga kini.

Kini :
– Bangunan ini telah berusia 58 tahun dan masih berfungsi cemerlang dalam menjana wadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segala aspek nilai kemanusiaan yang dihasratkan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.