BIODATA GURU BESAR

            

Pn. Norhayati binti Bakri berkhidmat sebagai seorang guru bermula pada tahun 1982 di SMK Seri Garing. Pada tahun 2015, beliau meneruskan khidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Assunta Satu, Petaling Jaya sehingga kini.

          Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengalaman luas, tegas, prihatin, tidak mengenal erti putus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru-guru dan murid-murid.

         Beliau juga sentiasa bersikap positif, penyayang, dan sentiasa menginginkan kecemerlangan murid-murid SK Assunta Satu terutama dalam bidang akademik ,kokurikulum dan sahsiah. Sebagai Guru Besar, beliau sentiasa berpegang  pada motto  “Bersyukur dan berfikiran positif”.